Wednesday, June 23, 2010

Muhyiddin tak sekat TGHH masuk Umno

Ini lawak ke sengal ke hape?

PUTRAJAYA 22 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa yang ingin menjadi ahli parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana secara prinsipnya UMNO akan menerima dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika individu itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran.

‘‘ UMNO tidak pernah menghalang sesiapa yang nak jadi ahli parti dan tidak kira Dr. Mohd Asri ke, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang ke atau sesiapa sahaja, kita tak pernah sekat atau kata tidak boleh.

‘‘Lebih-lebih lagi kalau orang itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran kerana mungkin dengan penyertaan mereka itu, kita akan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai UMNO Jumaat ini.

Mengenai pandangan UMNO Johor yang menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, Muhyiddin berkata, ia adalah hak mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai apa jua isu yang timbul.

‘‘Itu pandangan mereka dan kepimpinan tentu akan mengambil perhatian perkara-perkara seperti itu dan apa-apa pun itu hak ahli UMNO untuk suarakan pandangan mereka,” katanya



oitt...

Anwar boleh masuk ke?
kata dah tutup pintu utk Anwar?

Kah kah kah...

sejak bila golongan ilmu diterima? ini akan membahayakan Umno! kalau dalam Pas ada isu Ulamak VS Profesional, takut nanti dalam Umno akan timbul isu Ilmuan VS Bebalwan... wakakaka!

1 comment:

Ali Zaidan said...

Cantik bro. Rilek sikit kalau mula2 takdak orang baca. Aku dulu pun macam tu juga.

Yg penting niat la..

Aku bukan tak mahu update. Tapi takdak idea. Kalau tulis lebih kurang nanti jd buah geng2 sana pulak!