Monday, June 14, 2010

Apa akan jadi dengan PAS di bawah TGHH?

Dengan nama Allah, wa mulai entry ini!

Kali pertama wa gatal tangan menulis blog ini. Itu pun selepas wa check balik, akaun wa ni masih idup. Blog wa masih wujud dengan hanya satu entry saja. Selama ini wa guna akaun ni utk komen blog orang lain.

Kali ni wa nak cuba menulis entry. Pembaca blog wa jgn mengharap blog ini akan sentiasa update, sbb wa ada byk kerja lain. Bermula entry ini, wa dikira blogger jugak laa, tapi bukan blogger luncai. Wakakak!

Kali ni wa nak fokus masalah dalaman Pas. Apa puncanya? Apa masalah sehingga akhir-akhir ini timbul isu ulamak vs profesional, erdogan vs ug, pas betul vs pas reform dan mcm2 lagi.

Memang tak sepatutnya berlaku grouping dalam parti yg berakidahkan perjuangan Islam. Apa yang terjadi? Dari mana dan siapa punya angkara?

Sebelum wa goreng jauh-jauh, perlu kita semua set dalam kepala otak kita semua, Pas adalah parti Islam, yang mewakili gerakan Islam antarabangsa di Malaysia. Setuju atau tidak, lu orang punya pasal. Itulah hakikatnya, Pas adalah cabang dari ikhwanul muslimin yg beroperasi dalam waqi' malaysia, sebagaimana Hamas adalah cabang ikhwan muslimin yg berjuang di Palestin.

Pas adalah satu wadah perjuangan umat Islam bagi mengembalikan kekuasaan Islam yang membawa kesejahteraan kepada dunia, dan juga wadah bagi orang-orang bukan Islam bagi mengambalikan keadilan dan kesejahteraan dunia. Bila difahami bahawa Pas adalah salah satu rangkaian gerakan keamanan dunia, maka Umno/BN adalah batu-batu kecil yg menghalang gerakan ini. So jangan takut pada batu-batu kecil ini. Sepak saja ke tepi!

Sedangkan batu-batu besar yang sering menghalang dan menggagalkan pergerakan adalah anasir-anasir pening dalam gerakan Islam, atau lebih mudah disebut dalam Pas. Inilah halangan yang besar. Masalah dalaman yang besar akan menggagalkan sesebuah organisasi.

Apa halangan besar dalam Pas? Wa nak cerita saja dalam entry ini, apa itu geng 10!

Sewaktu almarhum Ustaz fadzil Noor memimpin Pas ini, beberapa orang dari planet mana pun wa tak tau, yang pasti declare ahli Pas, membuat beberapa tuntutan kepada Presiden Pas ketika itu, usta fadzil Noor sendiri. Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka ini akan bertindak membuat gerakan dalaman menubuh parti baru. Lalu diberitakan Ustaz fadzil tidak memberi laluan kepada mereka, tetapi menyuruh mereka bersabar dan ikut dulu sistem yang ada. Mereka akur.

Tuntutan apa wa tak tau, tapi dari maklumat yg wa dapat, tuntutan untuk memansuhkan kepimpinan ulama. Geng 10 yg profesional ini mahu jawatan presiden ini turut dibukan kepada mereka, bukan hanya ulamak. Maka Ustaz fadzil memplopori slogam memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional.

Masa belalu. Pas terus melakar sejarah memenangi PRU1999, kemudian merosot penguasaan PRU2004 dan kembali kepada prestasi cemerlang pada PRU2008.

Ustaz fadzil pergi meninggalkan kita. TG Hj Hadi menggantikan kepimpinan beliau. Ulamak juga. Namun suasana tenteram dalam Pas kembali bergolak dengan isu ulama dan profesional ini. Rupa-rupanya geng 10 selama ini tidak pernah duduk diam, sekalipun selepas gagal dalam tuntutan terhadap ustaz fadzil.

Wa namakan geng 10, wa takkan beritahu sebabnya.

Geng 10 ini memang tidak senang duduk apabila golongan ulama terus memimpin Pas. bagi mereka mungkin ulama tidak profesional, tidak pantas dan sebagainya. Selama bertahun-tahun mereka kelihatan diam, tetapi sebenarnya mereka berusaha merekrut akar umbi dari kalangan mahasiswa IPT. golongan ini bakal profesional. ideologi geng 10 akan mudah menyerap masuk. Apabila grass root sudah kuat, ketika itu secara automatik kepimpinan ulamak akan terkikis, terpelanting jatuh.

Taktik geng 10 untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak boleh wa senaraikan seperti berikut:

1) rekrut grass root dgn cara menyerap masuk ideologi mereka dalam jemaah-jemaah kampus.

2) mengikis konsep wala' dan barra dalam trabiyah ahli dan kepimpinan. melabel wala' dengan 'pil wala' dan sebagainya supaya generasi baru yg longgar tarbiyah tidak mudah wala' kepada pimpinan.

3) mencantas tunas-tunas kepimpinan ulamak dalam setiap posisi. paling menampakkan kejayaan adalah cubaan mencantas Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden yg dianggap mereka pro-ulama! kejayaan menggunakan TGNA menembak Ustaz Nasha secara terbuka adalah satu perkembangan baik kepada mereka. ustaz Nasha menjadi mangsanya!

4) Tidak menghighlight Presiden Pas, tetapi Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan.

5) mewujudkan rangkaian blogger anti-ulama secara tidak langsung dalam team-team anti-UG, pas reform dan sebagainya.

banyak lagi yg boleh wa jelaskan di sini. tapi biarlah dulu, lu orang semua buat penialaian. Cerita-cerita kewujudan pro-erdogan ada benarnya. geng 10 inilah orang-orangnya, sekalipun dinafikan mereka!

Geng 10 ini mahu Pas jadi seperti Ikhwanul Muslimin, yang pimpinannya terdiri dari kalangan profesional. Barulah gerakan Islam akan bergerak pantas dan berstrategi.

Citt... ikhwan muslimin, pimpinannya adalah ulamak dan hafizul quran, walaupun lu label dia sbg profesional! lu nama saja profesional, quran lu hafal x? tafsir quran reti kaaa?? bidang apa lu punya profesionalisme? kangkong? ada ati nak jd pemimpin gerakan Islam? cermin diri. Bukan kita x mau Presiden kita profesional, tapi keulamakan itu lebih penting. Kalau ada dua-dua mcm ikhwan, lagi bagus. harap profesional saja, tahu baca terjemah quran saja, boleh blah!

Sultan Muhammad al-Fateh adalah profesional. Expert ilmu geografi, ilmu fizik dan kimia, expert ilmu peperangan. pada masa yg sama, dia adalah hafizul quran, dia adalah ulamak, dia adalah abid yg ikhlas. baru menang lawan konstantine!

Wa tak tau apa nak jadi dengan Pas sedikit masa lagi, kalau mereka ini membuat tuntutan kepada TGHH. Kalau tidak dipenuhi, mereka akan tubuh Parti baru! jangan persoalkan kekuatan mereka, jika tidak kuat, Ustaz fadzil tentu suruh saja mereka tubuh parti baru. tapi Ustaz fadzil suruh mereka ikut dulu sistem Pas dengan harapan mereka faham situasi kenapa kita perlukan kepimpinan ulama pada masa ini.

Wa harap geng 10 ini tak buat dajal... wakakakaka!!!

wa mintak maaf jika terkasar bahasa, atau tersilap fakta. terpulang lu orang utk menilainya.

sekian.

No comments: