Friday, June 25, 2010

Luncai oh luncai...

Dua tiga hari kebelakangan ini, dah nampak macam reda sikit serangan blogger-blogger luncai terhadap pimpinan Pas. Ada lagi... tapi tak macam sebelum digelar luncai. Wa tulis entry ni pun sebab terbaca blog yg tak puas ati digelar luncai. Wakakaka...

Lu orang cari pasal, serang diorang tanpa adab sape suruh. Lu ingat dengan nama blogger, lu boleh terjah-terjah je sebar berita, pastu claim lu sedang berkhidmat untuk Pas, ataupon sedang berusaha memartabatkan Islam, hanya dengan berblog. Ha Ha Ha... wa bukan nak rendah-rendahkan blogger mcm lu orang. Tapi sape suruh lu takde adab. Orang suruh register dalam kelab blogger Pas, lu taknak. Wa pon tak nak, sebab wa malas, wakakaka.

Beginilah, lu berblog, ada Pas suruh? Takde kan? Lu je pepandai claim syok sendiri, "Kami Blogger Pas".. "Kami Blogger Pakatan". Takpe, tu lu punya hak. Tak kisah. Lu buat kerja ikhlas, insya Allah, lu akan dinilai oleh Allah. Bukan pimpinan Pas. Tapi sekarang ni, lu mintak habuan beb. Lu mintak Pas iktiraf lu, belai lu, manjakan lu. Kalau tidak lu akan serang. Ikhlas pale otak lu.

Wa tau, lu blogger2 luncai penting jugak untuk support media Harakah yg tahap siput kadang-kadang. Khidmat sendirian berhad lu penting juga, tapi kalau dah sampai tahap tuntut itu ini, sudah lebey. Pas bukan korporat. Kalau kehendak lu dilayan oleh Pas, besar kepala lah lu. Silap-silap mintak jadi Dewan Blogger Pas pulak. Kalau tak penuhi, kami akan serang Pas balik. Kami taknak tolong pas lagi, kami tolong DAP dan PKR je. Pale otak lu. Wakakaka.

Oitt... lu orang kena tarbiyah diri balik. Balik belajar apa itu ilmu ikhlas.

Wa mintak maaf lah kalau entry wa ade orang sakit ati. No hard feeling beb. Wa bahasa je ganas, tapi dalam hati ada taman beb. Wakakaka.

Thursday, June 24, 2010

Stereopony - Namida no Mukou

Sape2 yg minat lagu-lagu JPop, wa letak lagu Namida no Mukou, lagu opening siri Gundam 00. Hahaha... wa mmg takde keja. Sebelum lagu jepun nih, wa letak jugak dua tiga band dari Malaysia dan Indon. Compare dgn Jpop, yg mana best?

Kumpulan Rock berkopiah, al-Farabi dengan lagu EVOLUSI..



Al-Farabi ni kira baru nak mula. wa xmo komen apa-apa. Rasanya yg ni cuba nak bawak imej Islamik. Wa x tau camna islamiknya. Nampak kat pakaian la kut. Tak pe lah, slow-slow.



Kumpulan Ungu, pop band Indon... lagunya Saat Indah bersamamu


Ni mamat-mamat Indon punya gang. Ungu... wa dengar sekali sekala je. Wa suka lagu ungu sket2 sbb ada satu lagunya jadi soundtrack video2 Pakatan Rakyat time PRU12 dulu.


Kumpulan Wings, ... Sejati


Kumpulan band rock Melayu yg ni wa tak suka pon. Wa tau, mesti lu orang ramai yg suka. Lagenda laa katakan. Hahaha. wa letak sini lagu ni sbb lagu ni pernah di Modify oleh Akhil Hayy... dengan lagunya, Royalti...


Kumpulan Stereopony, jpop dengan lagu Namida no Mukou...

Meh sini, lu orang dengar jee. Memang akhlak dan pakaian diorang x macam al-Farabi beb. Tapi wa suka dengar kreativiti lagunya. Hahaha... wa suka kalau al-Farabi pandai buat lagu2 mcm Jpop... nanti wa letak byk lg lagu Jpop..keh kehkeh... Paham ke tak, tu bukan masalah... yg penting, layann... (oitt... layan pon jgn sampai lupa tuhan)



Lirik Namida no Mukou:

dareka wo kanashimasete made
waraenakutemo
sou itte kanojo ha
utsumuitetanda
yoru ni naita

She makes someone sad,
even if she doesn’t laugh…
that type of girl
was dejected,
and cried into the night.

tsumetaku haritsuite
kogoeteiru
furitsudzuku genjitsu ni
kasa nado nai

I cling on as it gets cold…
but I’m freezing
and falling into reality…
were there’s no shelter.

ikiteyuku koto ga tatakai nante
sonna riyuu dake de
tojikomerareta
My Heart My Story

“Living is to fight” somehow,
that reason
closed up
My Heart…My Story…

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
itsuka deaeru
bokura no tame ni
yoake wo matteiru

I can see beyond my tears,
I’m shining.
One day we’ll meet,
so for our sake,
I’ll wait for the dawn…

dareka wo kanashimasete made
waraenakutemo
sou itte kanojo ha
utsumuitetanda
Your Story

She makes someone sad,
even if she doesn’t laugh…
that type of girl
was dejected…
Your Story.

tsuki akari nureta mama
suwarikonda
ame no machi ni akari ga
tomoru mitai ni

We continued to bathe the moon light
and we sat down.
The light in the city of rain
seems like it will light our way.

ikiteyukeba ii
tada sore dake de
donna riyuu datte
kamawanai kara
My Heart My Story

It’s okay if you live on,
that alone,
no matter the reason,
I’m fine with just that.
My Heart, My Story.

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
chiisana mado ni ha
ano koro mitai ni
aoi sora ga utsuru

I can see beyond our tears,
we’re shining.
In the small window,
the blue sky is reflected,
just like back then.

ah ah tori no youni
tobe ha shinai kedo

Ah, Ah, but I can’t fly
like a bird can…

muri ni warau koto nai yo
sono mama de iinda yo
shijitsudzuketeyuku dake

We can’t unreasonably laugh,
but continuing like this is fine,
we just have to continue to believe.

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
yami wo kugureba
ano sora ha kitto
nana iro ni kawaru

We can see beyond our tears,
we’re shining.
If we evade the darkness,
that sky will surely
change into a prismatic sky.

dareka wo kanashimaseta toki
kanjiru itami
wasurenai youni
sotto me wo tojite
naita

When we made someone sad,
we felt the pain,
in order to not forget that,
we gently closed our eyes,
and cried.

--------------------------

Wednesday, June 23, 2010

Muhyiddin tak sekat TGHH masuk Umno

Ini lawak ke sengal ke hape?

PUTRAJAYA 22 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa yang ingin menjadi ahli parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana secara prinsipnya UMNO akan menerima dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika individu itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran.

‘‘ UMNO tidak pernah menghalang sesiapa yang nak jadi ahli parti dan tidak kira Dr. Mohd Asri ke, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang ke atau sesiapa sahaja, kita tak pernah sekat atau kata tidak boleh.

‘‘Lebih-lebih lagi kalau orang itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran kerana mungkin dengan penyertaan mereka itu, kita akan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai UMNO Jumaat ini.

Mengenai pandangan UMNO Johor yang menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, Muhyiddin berkata, ia adalah hak mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai apa jua isu yang timbul.

‘‘Itu pandangan mereka dan kepimpinan tentu akan mengambil perhatian perkara-perkara seperti itu dan apa-apa pun itu hak ahli UMNO untuk suarakan pandangan mereka,” katanya



oitt...

Anwar boleh masuk ke?
kata dah tutup pintu utk Anwar?

Kah kah kah...

sejak bila golongan ilmu diterima? ini akan membahayakan Umno! kalau dalam Pas ada isu Ulamak VS Profesional, takut nanti dalam Umno akan timbul isu Ilmuan VS Bebalwan... wakakaka!

Monday, June 14, 2010

Apa akan jadi dengan PAS di bawah TGHH?

Dengan nama Allah, wa mulai entry ini!

Kali pertama wa gatal tangan menulis blog ini. Itu pun selepas wa check balik, akaun wa ni masih idup. Blog wa masih wujud dengan hanya satu entry saja. Selama ini wa guna akaun ni utk komen blog orang lain.

Kali ni wa nak cuba menulis entry. Pembaca blog wa jgn mengharap blog ini akan sentiasa update, sbb wa ada byk kerja lain. Bermula entry ini, wa dikira blogger jugak laa, tapi bukan blogger luncai. Wakakak!

Kali ni wa nak fokus masalah dalaman Pas. Apa puncanya? Apa masalah sehingga akhir-akhir ini timbul isu ulamak vs profesional, erdogan vs ug, pas betul vs pas reform dan mcm2 lagi.

Memang tak sepatutnya berlaku grouping dalam parti yg berakidahkan perjuangan Islam. Apa yang terjadi? Dari mana dan siapa punya angkara?

Sebelum wa goreng jauh-jauh, perlu kita semua set dalam kepala otak kita semua, Pas adalah parti Islam, yang mewakili gerakan Islam antarabangsa di Malaysia. Setuju atau tidak, lu orang punya pasal. Itulah hakikatnya, Pas adalah cabang dari ikhwanul muslimin yg beroperasi dalam waqi' malaysia, sebagaimana Hamas adalah cabang ikhwan muslimin yg berjuang di Palestin.

Pas adalah satu wadah perjuangan umat Islam bagi mengembalikan kekuasaan Islam yang membawa kesejahteraan kepada dunia, dan juga wadah bagi orang-orang bukan Islam bagi mengambalikan keadilan dan kesejahteraan dunia. Bila difahami bahawa Pas adalah salah satu rangkaian gerakan keamanan dunia, maka Umno/BN adalah batu-batu kecil yg menghalang gerakan ini. So jangan takut pada batu-batu kecil ini. Sepak saja ke tepi!

Sedangkan batu-batu besar yang sering menghalang dan menggagalkan pergerakan adalah anasir-anasir pening dalam gerakan Islam, atau lebih mudah disebut dalam Pas. Inilah halangan yang besar. Masalah dalaman yang besar akan menggagalkan sesebuah organisasi.

Apa halangan besar dalam Pas? Wa nak cerita saja dalam entry ini, apa itu geng 10!

Sewaktu almarhum Ustaz fadzil Noor memimpin Pas ini, beberapa orang dari planet mana pun wa tak tau, yang pasti declare ahli Pas, membuat beberapa tuntutan kepada Presiden Pas ketika itu, usta fadzil Noor sendiri. Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka ini akan bertindak membuat gerakan dalaman menubuh parti baru. Lalu diberitakan Ustaz fadzil tidak memberi laluan kepada mereka, tetapi menyuruh mereka bersabar dan ikut dulu sistem yang ada. Mereka akur.

Tuntutan apa wa tak tau, tapi dari maklumat yg wa dapat, tuntutan untuk memansuhkan kepimpinan ulama. Geng 10 yg profesional ini mahu jawatan presiden ini turut dibukan kepada mereka, bukan hanya ulamak. Maka Ustaz fadzil memplopori slogam memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional.

Masa belalu. Pas terus melakar sejarah memenangi PRU1999, kemudian merosot penguasaan PRU2004 dan kembali kepada prestasi cemerlang pada PRU2008.

Ustaz fadzil pergi meninggalkan kita. TG Hj Hadi menggantikan kepimpinan beliau. Ulamak juga. Namun suasana tenteram dalam Pas kembali bergolak dengan isu ulama dan profesional ini. Rupa-rupanya geng 10 selama ini tidak pernah duduk diam, sekalipun selepas gagal dalam tuntutan terhadap ustaz fadzil.

Wa namakan geng 10, wa takkan beritahu sebabnya.

Geng 10 ini memang tidak senang duduk apabila golongan ulama terus memimpin Pas. bagi mereka mungkin ulama tidak profesional, tidak pantas dan sebagainya. Selama bertahun-tahun mereka kelihatan diam, tetapi sebenarnya mereka berusaha merekrut akar umbi dari kalangan mahasiswa IPT. golongan ini bakal profesional. ideologi geng 10 akan mudah menyerap masuk. Apabila grass root sudah kuat, ketika itu secara automatik kepimpinan ulamak akan terkikis, terpelanting jatuh.

Taktik geng 10 untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak boleh wa senaraikan seperti berikut:

1) rekrut grass root dgn cara menyerap masuk ideologi mereka dalam jemaah-jemaah kampus.

2) mengikis konsep wala' dan barra dalam trabiyah ahli dan kepimpinan. melabel wala' dengan 'pil wala' dan sebagainya supaya generasi baru yg longgar tarbiyah tidak mudah wala' kepada pimpinan.

3) mencantas tunas-tunas kepimpinan ulamak dalam setiap posisi. paling menampakkan kejayaan adalah cubaan mencantas Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden yg dianggap mereka pro-ulama! kejayaan menggunakan TGNA menembak Ustaz Nasha secara terbuka adalah satu perkembangan baik kepada mereka. ustaz Nasha menjadi mangsanya!

4) Tidak menghighlight Presiden Pas, tetapi Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan.

5) mewujudkan rangkaian blogger anti-ulama secara tidak langsung dalam team-team anti-UG, pas reform dan sebagainya.

banyak lagi yg boleh wa jelaskan di sini. tapi biarlah dulu, lu orang semua buat penialaian. Cerita-cerita kewujudan pro-erdogan ada benarnya. geng 10 inilah orang-orangnya, sekalipun dinafikan mereka!

Geng 10 ini mahu Pas jadi seperti Ikhwanul Muslimin, yang pimpinannya terdiri dari kalangan profesional. Barulah gerakan Islam akan bergerak pantas dan berstrategi.

Citt... ikhwan muslimin, pimpinannya adalah ulamak dan hafizul quran, walaupun lu label dia sbg profesional! lu nama saja profesional, quran lu hafal x? tafsir quran reti kaaa?? bidang apa lu punya profesionalisme? kangkong? ada ati nak jd pemimpin gerakan Islam? cermin diri. Bukan kita x mau Presiden kita profesional, tapi keulamakan itu lebih penting. Kalau ada dua-dua mcm ikhwan, lagi bagus. harap profesional saja, tahu baca terjemah quran saja, boleh blah!

Sultan Muhammad al-Fateh adalah profesional. Expert ilmu geografi, ilmu fizik dan kimia, expert ilmu peperangan. pada masa yg sama, dia adalah hafizul quran, dia adalah ulamak, dia adalah abid yg ikhlas. baru menang lawan konstantine!

Wa tak tau apa nak jadi dengan Pas sedikit masa lagi, kalau mereka ini membuat tuntutan kepada TGHH. Kalau tidak dipenuhi, mereka akan tubuh Parti baru! jangan persoalkan kekuatan mereka, jika tidak kuat, Ustaz fadzil tentu suruh saja mereka tubuh parti baru. tapi Ustaz fadzil suruh mereka ikut dulu sistem Pas dengan harapan mereka faham situasi kenapa kita perlukan kepimpinan ulama pada masa ini.

Wa harap geng 10 ini tak buat dajal... wakakakaka!!!

wa mintak maaf jika terkasar bahasa, atau tersilap fakta. terpulang lu orang utk menilainya.

sekian.