Sunday, July 18, 2010

Bila keldai jadi menteri...

Dua tiga hari wa menyumpah dgn Umno. hari ni baru dapat wa terjemah ikut entri ni. Terang-terang menteri-menteri tahap keldai perbodoh rakyat malaysia, termasuk wa, mak bapak wa, dan lu orang pon skali.

mane tak nye, harga gas naik 5 sen JER katanya. 5 sen 1kg. Woiit!!! Keldai, lu ingat gas ade ke jual dlm tong 1kg? satu tong gas dah naik RM1.40-1.50 laaa. Petrol, lu ingat sekali isi 1liter je ke? Kereta besar mau 40 liter. Bukan 5 sen lg dah rakyat kena bayar.

Paling bangang keldai-keldai semua nak jadi doktor. Nasihat rakyat jgn makan gula lebih. Woiitt.... kalau nak jaga kesihatan rakyat, bukan naikkan harga gula. Lu kasi laa perubatan percuma. Hospital percuma. Ubat free. Itu baru betol lu ikhlas jaga kesihatan rakyat.

Lu nak tutup isu naik harga, lu main isu pasir dan perpaduan Pas Umno. Sekali lagi rakyat diperbodoh. Lu naikkan harga, lu buat bodoh, lu suruh rakyat berjimat pulak. woiittt... wa tak bodoh laa, kami rakyat tak bodoh sampai tak reti nak berjimat , bro Najib oiitt!!

Umno/bn berani perbodoh rakyat sebab masih ramai melayu keldai dalam hutan yg beri undi kpd Umno/Bn. Melayu Felda ikut jd keldai. Selagi melayu hutan, melayu felda, melayu kampong masih rindu kpd Umno/Bn, selagi itulah Umno/Bn seronok pedajal lu orang semua... termasuk wa...

Friday, July 9, 2010

Only Human - Lagu tema 1 litre if tears

Lagu sedey jepun..... jangan gelak....
lagu tema drama jepun 1 liter of tears (ichi rittoru no namida)





Artist: K Song: ONLY HUMAN Album: BEYOND THE SEA (2006)

Kanashimi no mukou kishi ni
Hohoemi ga aru to iu yo
Tadori tsuku sono saki ni wa
Nani ga bokura wo matteru?

Nigeru tame ja naku yume ou tame ni
Tabi ni deta hazusa tooi natsu no ano hi

Ashita sae mieta nara tame iki mo nai kedo
Nagare ni sakarau fune no you ni
Ima wa mae he susume

Kurushimi no tsukita basho ni
Shiawase ga matsu toiu yo
Boku wa mada sagashite iru
Kisetsu hazure no himawari

Kobushi nigirishime asahi wo mateba
Akai tsume ato ni namida kirari ochiru

Kodoku ni mo nareta nara
Tsuki akari tayori ni
Hane naki tsubasa de tobi tatou
Motto mae he susume

Amagumo ga kireta nara
Nureta michi kagayaku
Yami dake ga oshiete kureru
Tsuyoi tsuyoi hikari
Tsuyoku mae he susume

English translation from: http://www.lyricsandsongs.com/song/635257.html

On the opposite coast of sadness
is something called a smile
But before we can go there,
is there something we're waiting for?

In order to chase our dreams, we can't have a reason to run away
We've got to go, to that far away summer's day

If we find it tomorrow, we can't sigh
Because like a boat that opposes the stream
we have to walk straight on

In a place worn down by sadness
something called a miracle, is waiting
Yet we are still searching
for the sunflower that grows at the end of spring

The warrior who awaits the morning light
before he can clasp it with red nails, his tears glitter and fall

Even if we've grown used to loneliness
only relying on the light of the moon
We have to fly away with featherless wing
just go forward, just a little further

As the rainclouds break
the wet streets sparkling
Although it brings only darkness
A powerful, powerful light
helps push us to walk on

Wednesday, July 7, 2010

Awas, geng anti-kepimpinan ulamak makin ganas!

Ini pon gambar lucah jugak ke Greenboc? makan durian ni ada kaitan dgn UG tak?


















yang ni lu kata gambar lucah?















Lantak lu lah anti-UG sekalian. Padanlah kena label luncai. Kah kah kah...

Takpe... gambar mahfuz dan nizar bukan gambar lucah. makan dengan Noh omar, bukan lucah. Yang menjadi lucah, jika TGHH dan Ustaz Nasha jumpa najib dan muhyiddin. Itu pasti lucah pada pandangan Greenboc. Entah apa punya hasad makhluk ni wa tak tau. Asal TGHH dan Ustaz nasha je, mesti kena tempeleng dgn Greenboc dalam entry dia.

Bukan greenboc je, semua makhluk2 anti-UG, PAS recond dan seangkatannya, seolah-olah tidak suka dgn TGHH dan Ustaz nasha. TGHH dilabel slow dan lembab. Puji taraf ilmu yang tinggi TGHH, "tapi" tetap ada. "tapi" itu difakuskan kepada slow dan lembab, lemah, tak ganas. Ustaz Nasha pulak dilabel pengkhianat, ada skandal dgn umno, perjumpaan gelap dan macam2.

Memang sah, genge anti-UG, PAS recond, erdogan dan adik beradiknya ni adalah golongan anti-kepimpinan ulamak dalam Pas. Kepimpinan Islam mesti dipegang, bukan kepimpinan ulamak, itu lah slogan mereka secara langsung atau pun tidak. Kepimpinan Islam, bermakna, selain ulamak, orang bukan ulamak pon boleh memimpin Pas, asalkan memegang dasar-dasar islam. Luncai pon boleh jadi presiden!

menurut pandangan wa, geng 10 dan seangkatannya dah tak sabar nak ambil alih kuasa kepimpinan daripada kepimpinan ulamak. Kepimpinan ulamak yg dianggap 'kukubesi dalam Pas' mesti ditumbangkan demi mendaulatkan 'kepimpinan Islam'. Bagi wa, kepimpinan Islam yang diwar-warkan geng 10 ini hanya term untuk mengaburi mata anak-anak muda Pas, yang rata-ratanya mahu sesuatu yang pantas, dinamik dan agresif. TGHH dilabel slow dan tak relevan dalam suasana 'perang' yang ganas di era PM Najib. Anak-anak muda mesti dihasut supaya bangkit buat perubahan dalam Pas jika mahu melihat Islam memenangi PRU13 akan datang. TGHH slow!

Serangan ke atas kepimpinan ulamak tidak terhenti kepada TGHH sahaja. bagi mereka jika TGHH jatuh, timbalannya akan naik. Ustaz Nasha, tunas kepimpinan Ulamak juga mesti dicantas sebelum berkembang menjadi dahan yang kuat. ustaz nasha mesti dimandulkan. Lalu Ustaz nasha dihentam teruk dengan label pengkhianat, hanya kerana berjumpa dengan pemimpin Umno. cerita sebenar tidak diketahui, tapi mereka begitu cekap menipulasi sehingga label pengkhianat melekat kepada Ustaz Nasha. Paling dahsyat, mereka berjaya mengheret TGNA menghentam Ustaz Nasha.

Sekarang, geng 10 merancakkan agenda mendominasi Pas. pergerakan JIM adalah proksi mereka yang kuat. Pengaruh JIM dalam Pas, yang cuba mengikis wala' dalam Pas semakin berjaya. Lihatlah isu wala' berkumandang akhir-akhir ini. Isu ini ditimbulkan oleh JIM dalam Pas yang mempertikai konsep wala' ini. Lalu TGHH dan kepimpinan ulamak dipersalahkan untuk tidak diwala'kan.

Krisis wala' akan meruntuhkan Pas. Geng 10 telah berjaya menghasut sebilangan besar anak-anak muda dengan memperlekeh konsep wala', kononnya wala dan taat hanya pada Allah dan Rasul. Tidak perlu wala' pada pimpinan. Lihatlah anak-anak muda seperti fakaq, aduka,wanji dan lain-lain... dah hilang sifat wala' dan hormat kepada pimpinan. akhlak berjamaah pun telah hilang. KP buat apa? tidakkah Usta tantawi sedar perkara ini? Wa tak tau apa yg KP buat. tapi wa harap tindakan lanjut dari KP. Semoga Parti islam kita diselamatkan dari anasir-anasir tidak sihat!

Tuesday, July 6, 2010

This time for Africa - Shakira Waka Waka

Lagu rasmi paiala dunia 2010..... agenda ilmuminati.....wakakaka......
best lg jpop. wa letak jugak sebab mat ipam kawan wa suka lagu ni, hahah..... hari-hari menari mcm budak2 dalam klip nih..... kah kah kah.....



Piala dunia dah nak abis. pasni lu owang bangun tahajjud pulak yer!

Friday, June 25, 2010

Luncai oh luncai...

Dua tiga hari kebelakangan ini, dah nampak macam reda sikit serangan blogger-blogger luncai terhadap pimpinan Pas. Ada lagi... tapi tak macam sebelum digelar luncai. Wa tulis entry ni pun sebab terbaca blog yg tak puas ati digelar luncai. Wakakaka...

Lu orang cari pasal, serang diorang tanpa adab sape suruh. Lu ingat dengan nama blogger, lu boleh terjah-terjah je sebar berita, pastu claim lu sedang berkhidmat untuk Pas, ataupon sedang berusaha memartabatkan Islam, hanya dengan berblog. Ha Ha Ha... wa bukan nak rendah-rendahkan blogger mcm lu orang. Tapi sape suruh lu takde adab. Orang suruh register dalam kelab blogger Pas, lu taknak. Wa pon tak nak, sebab wa malas, wakakaka.

Beginilah, lu berblog, ada Pas suruh? Takde kan? Lu je pepandai claim syok sendiri, "Kami Blogger Pas".. "Kami Blogger Pakatan". Takpe, tu lu punya hak. Tak kisah. Lu buat kerja ikhlas, insya Allah, lu akan dinilai oleh Allah. Bukan pimpinan Pas. Tapi sekarang ni, lu mintak habuan beb. Lu mintak Pas iktiraf lu, belai lu, manjakan lu. Kalau tidak lu akan serang. Ikhlas pale otak lu.

Wa tau, lu blogger2 luncai penting jugak untuk support media Harakah yg tahap siput kadang-kadang. Khidmat sendirian berhad lu penting juga, tapi kalau dah sampai tahap tuntut itu ini, sudah lebey. Pas bukan korporat. Kalau kehendak lu dilayan oleh Pas, besar kepala lah lu. Silap-silap mintak jadi Dewan Blogger Pas pulak. Kalau tak penuhi, kami akan serang Pas balik. Kami taknak tolong pas lagi, kami tolong DAP dan PKR je. Pale otak lu. Wakakaka.

Oitt... lu orang kena tarbiyah diri balik. Balik belajar apa itu ilmu ikhlas.

Wa mintak maaf lah kalau entry wa ade orang sakit ati. No hard feeling beb. Wa bahasa je ganas, tapi dalam hati ada taman beb. Wakakaka.

Thursday, June 24, 2010

Stereopony - Namida no Mukou

Sape2 yg minat lagu-lagu JPop, wa letak lagu Namida no Mukou, lagu opening siri Gundam 00. Hahaha... wa mmg takde keja. Sebelum lagu jepun nih, wa letak jugak dua tiga band dari Malaysia dan Indon. Compare dgn Jpop, yg mana best?

Kumpulan Rock berkopiah, al-Farabi dengan lagu EVOLUSI..



Al-Farabi ni kira baru nak mula. wa xmo komen apa-apa. Rasanya yg ni cuba nak bawak imej Islamik. Wa x tau camna islamiknya. Nampak kat pakaian la kut. Tak pe lah, slow-slow.



Kumpulan Ungu, pop band Indon... lagunya Saat Indah bersamamu


Ni mamat-mamat Indon punya gang. Ungu... wa dengar sekali sekala je. Wa suka lagu ungu sket2 sbb ada satu lagunya jadi soundtrack video2 Pakatan Rakyat time PRU12 dulu.


Kumpulan Wings, ... Sejati


Kumpulan band rock Melayu yg ni wa tak suka pon. Wa tau, mesti lu orang ramai yg suka. Lagenda laa katakan. Hahaha. wa letak sini lagu ni sbb lagu ni pernah di Modify oleh Akhil Hayy... dengan lagunya, Royalti...


Kumpulan Stereopony, jpop dengan lagu Namida no Mukou...

Meh sini, lu orang dengar jee. Memang akhlak dan pakaian diorang x macam al-Farabi beb. Tapi wa suka dengar kreativiti lagunya. Hahaha... wa suka kalau al-Farabi pandai buat lagu2 mcm Jpop... nanti wa letak byk lg lagu Jpop..keh kehkeh... Paham ke tak, tu bukan masalah... yg penting, layann... (oitt... layan pon jgn sampai lupa tuhan)



Lirik Namida no Mukou:

dareka wo kanashimasete made
waraenakutemo
sou itte kanojo ha
utsumuitetanda
yoru ni naita

She makes someone sad,
even if she doesn’t laugh…
that type of girl
was dejected,
and cried into the night.

tsumetaku haritsuite
kogoeteiru
furitsudzuku genjitsu ni
kasa nado nai

I cling on as it gets cold…
but I’m freezing
and falling into reality…
were there’s no shelter.

ikiteyuku koto ga tatakai nante
sonna riyuu dake de
tojikomerareta
My Heart My Story

“Living is to fight” somehow,
that reason
closed up
My Heart…My Story…

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
itsuka deaeru
bokura no tame ni
yoake wo matteiru

I can see beyond my tears,
I’m shining.
One day we’ll meet,
so for our sake,
I’ll wait for the dawn…

dareka wo kanashimasete made
waraenakutemo
sou itte kanojo ha
utsumuitetanda
Your Story

She makes someone sad,
even if she doesn’t laugh…
that type of girl
was dejected…
Your Story.

tsuki akari nureta mama
suwarikonda
ame no machi ni akari ga
tomoru mitai ni

We continued to bathe the moon light
and we sat down.
The light in the city of rain
seems like it will light our way.

ikiteyukeba ii
tada sore dake de
donna riyuu datte
kamawanai kara
My Heart My Story

It’s okay if you live on,
that alone,
no matter the reason,
I’m fine with just that.
My Heart, My Story.

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
chiisana mado ni ha
ano koro mitai ni
aoi sora ga utsuru

I can see beyond our tears,
we’re shining.
In the small window,
the blue sky is reflected,
just like back then.

ah ah tori no youni
tobe ha shinai kedo

Ah, Ah, but I can’t fly
like a bird can…

muri ni warau koto nai yo
sono mama de iinda yo
shijitsudzuketeyuku dake

We can’t unreasonably laugh,
but continuing like this is fine,
we just have to continue to believe.

namida no MUKOU ga mieru no
kagayaiteiru
yami wo kugureba
ano sora ha kitto
nana iro ni kawaru

We can see beyond our tears,
we’re shining.
If we evade the darkness,
that sky will surely
change into a prismatic sky.

dareka wo kanashimaseta toki
kanjiru itami
wasurenai youni
sotto me wo tojite
naita

When we made someone sad,
we felt the pain,
in order to not forget that,
we gently closed our eyes,
and cried.

--------------------------

Wednesday, June 23, 2010

Muhyiddin tak sekat TGHH masuk Umno

Ini lawak ke sengal ke hape?

PUTRAJAYA 22 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa yang ingin menjadi ahli parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana secara prinsipnya UMNO akan menerima dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika individu itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran.

‘‘ UMNO tidak pernah menghalang sesiapa yang nak jadi ahli parti dan tidak kira Dr. Mohd Asri ke, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang ke atau sesiapa sahaja, kita tak pernah sekat atau kata tidak boleh.

‘‘Lebih-lebih lagi kalau orang itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran kerana mungkin dengan penyertaan mereka itu, kita akan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai UMNO Jumaat ini.

Mengenai pandangan UMNO Johor yang menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, Muhyiddin berkata, ia adalah hak mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai apa jua isu yang timbul.

‘‘Itu pandangan mereka dan kepimpinan tentu akan mengambil perhatian perkara-perkara seperti itu dan apa-apa pun itu hak ahli UMNO untuk suarakan pandangan mereka,” katanya



oitt...

Anwar boleh masuk ke?
kata dah tutup pintu utk Anwar?

Kah kah kah...

sejak bila golongan ilmu diterima? ini akan membahayakan Umno! kalau dalam Pas ada isu Ulamak VS Profesional, takut nanti dalam Umno akan timbul isu Ilmuan VS Bebalwan... wakakaka!